
.png)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan.
Saya bersyukur di atas transformasi wajah baru laman web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS). Transformasi ini adalah menjunjung misi “Mewujudkan Pengurusan Tanah Yang Cekap, Berkualiti Dan Berkesan Bagi Memenuhi Matlamat Pembangunan Sosio-Ekonomi Negeri Sembilan Dengan Mengamalkan Kaedah Pengurusan Moden” demi mencapai visi “Ke Arah Pengurusan Tanah Negeri Yang Cemerlang“
Semoga laman web yang baru ini dapat meneruskan kesinambungan penyampaian maklumat kepada semua pelanggan yang berurusan dengan dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) khususnya dalam aspek Pentadbiran Tanah di Negeri Sembilan.
Perkhidmatan online seperti bayaran cukai tanah, kemudahan semakan status perserahan, aduan dan maklumbalas boleh dicapai dengan mudah melalui laman web ini. Selain itu ia juga menyediakan kemudahan muat turun borang serta informasi-informasi penting sebagai maklumat dan panduan yang berguna kepada para pengunjung laman web PTGNS.
Saya berharap agar semua pengunjung gembira dengan perkhidmatan atas talian yang kami sediakan. Demi memastikan mutu perkhidmatan yang berterusan, kami sentiasa mengalu-alukan semua pengunjung memberikan cadangan agar kami dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
Selamat melayari laman web PTGNS.
Sekian, terima kasih.
Tarikh akhir laman ini dikemaskini adalah pada : 20 May 2024 07:40:08 AM