VISI
“Ke Arah Pengurusan Tanah Negeri Yang Cemerlang”
MISI
“Mewujudkan Pengurusan Tanah Yang Cekap, Berkualiti Dan Berkesan Bagi Memenuhi Matlamat Pembangunan Sosio-Ekonomi Negeri Sembilan Dengan Mengamalkan Kaedah Pengurusan Moden”
OBJEKTIF JABATAN
- Mempertingkatkan kefahaman mengenai undang-undang tanah serta kemahiran pengurusan di kalangan pegawai dan kakitangan pentadbiran tanah melalui kursus dan latihan.
- Berusaha menambah hasil negeri daripada sumber tanah melalui sistem pungutan cukai yang berkesan, kaedah-kaedah pungutan yang baru, semakan semula kadar- kadar bayaran pejabat dan mengenalpasti bidang sumber hasil yang baru serta mengekalkan sebagai agensi yang paling banyak mengutip hasil di Negeri Sembilan.
- Menggalak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti kepada pelanggan melalui kaedah-kaedah pengurusan baru serta mengubahsuai peraturan dan undang-undang tanah yang sedia ada.
- Membantu Pihak Berkuasa Negeri untuk membentuk dan membuat dasar serta merancang penggunaan dan pembangunan tanah dengan lebih cekap.
- Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pengurusan yang penting bagi merancang, menyelaras dan mengesan aktiviti-aktiviti pejabat tanah di seluruh negeri.
- Mengurus bagi projek/rancangan tanah di bawah Akta Tanah [Kawasan Penempatan Berkelompok], 1960 di seluruh Negeri.
- Berusaha dan mengadakan strategi perlaksanaan kepada pejabat-pejabat tanah bagi membersihkan tunggakan kerja dalam urusan-urusan dalam pentadbiran tanah.