OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan pendaftaran hakmilik strata, hakmilik hilang atau rosak serta pendaftaran hakmilik baru dan hakmilik sambungan yang efektif selaras dengan perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa.
FUNGSI
- Memproses permohonan SIFUS (Sijil Formula Unit Syer).
- Memproses permohonan pecah bahagi bangunan.
- Memproses pendaftaran baru atau hakmilik sambungan.
- Memproses permohonan geran hilang.
- Memproses endorsan urusan tanah.
- Memproses penggantian hakmilik lama kepada hakmilik SPTB.
- Memproses permohonan Salinan Sah Hakmilik dan Salinan Sah serta Carian Rasmi Jabatan Kerajaan.