ns
ptg
Portal Rasmi
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN
ns
ptg
Portal Rasmi
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN

Visi, Misi & Objektif

Visi, Misi & Objektif

VISI

“Ke Arah Pengurusan Tanah Negeri Yang Cemerlang”

MISI

“Mewujudkan Pengurusan Tanah Yang Cekap, Berkualiti Dan Berkesan Bagi Memenuhi Matlamat Pembangunan Sosio-Ekonomi Negeri Sembilan Dengan Mengamalkan Kaedah Pengurusan Moden”

OBJEKTIF JABATAN

  1. Mempertingkatkan kefahaman mengenai undang-undang tanah serta kemahiran pengurusan di kalangan pegawai dan kakitangan pentadbiran tanah melalui kursus dan latihan.
  2. Berusaha menambah hasil negeri daripada sumber tanah melalui sistem pungutan cukai yang berkesan, kaedah-kaedah pungutan yang baru, semakan semula kadar- kadar bayaran pejabat dan mengenalpasti bidang sumber hasil yang baru serta mengekalkan sebagai agensi yang paling banyak mengutip hasil di Negeri Sembilan.
  3. Menggalak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti kepada pelanggan melalui kaedah-kaedah pengurusan baru serta mengubahsuai peraturan dan undang-undang tanah yang sedia ada.
  4. Membantu Pihak Berkuasa Negeri untuk membentuk dan membuat dasar serta merancang penggunaan dan pembangunan tanah dengan lebih cekap.
  5. Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pengurusan yang penting bagi merancang, menyelaras dan mengesan aktiviti-aktiviti pejabat tanah di seluruh negeri.
  6. Mengurus bagi projek/rancangan tanah di bawah Akta Tanah [Kawasan Penempatan Berkelompok], 1960 di seluruh Negeri.
  7. Berusaha dan mengadakan strategi perlaksanaan kepada pejabat-pejabat tanah bagi membersihkan tunggakan kerja dalam urusan-urusan dalam pentadbiran tanah.