OBJEKTIF
- Mempertingkatkan kefahaman mengenai undang-undang tanah serta kemahiran pengurusan di kalangan pegawai dan kakitangan Pentadbiran tanah melalui Kursus dan Latihan.
- Berusaha menambah Hasil Negeri daripada sumber tanah melalui Sistem Pungutan Cukai yang berkesan, kaedah-kaedah pungutan yang baru, semakan semula kadar- kadar bayaran pejabat dan mengenalpasti bidang sumber hasil yang baru serta mengekalkan sebagai Agensi yang paling banyak mengutip hasil di Negeri Sembilan.
- Menggalak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam Pentadbiran Tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti kepada pelanggan melalui kaedah-kaedah pengurusan baru serta mengubahsuai peraturan dan undang-undang tanah yang sedia ada.
- Membantu Pihak Berkuasa Negeri untuk membentuk dan membuat dasar serta merancang penggunaan dan pembangunan tanah dengan lebih cekap.
- Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pengurusan yang penting bagi merancang, menyelaras dan mengesan aktiviti-aktiviti Pejabat Tanah di seluruh Negeri.
- Mengurus bagi Projek/Rancangan Tanah di bawah Akta Tanah [Kawasan Penempatan Berkelompok], 1960 di seluruh Negeri.
- Berusaha dan mengadakan strategi perlaksanaan kepada pejabat-pejabat tanah bagi membersihkan tunggakan kerja dalam urusan-urusan dalam pentadbiran tanah.
FUNGSI
- Menawarkan khidmat nasihat / konsultansi perundangan kepada unit-unit di bawah pentadbiran Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Sembilan dan Pentadbir Tanah Daerah.
- Menyediakan ulasan perundangan / maklum balas bertulis kepada unit-unit di bawah pentadbiran Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Sembilan dan Pentadbir Tanah Daerah.
- Menyelia Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Unit Penguatkuasaan PTG.NS, Unit Pendaftaran Hakmilik Strata dan Unit Penguatkuasaan Pejabat Tanah Daerah.
- Mengendalikan kes-kes saman Jabatan bagi kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985.
- Menyemak dan mengemaskini Kertas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
- Menyelaras permohonan pengurangan kompaun bagi kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara.
- Membantu Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan untuk:
- Menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan penyemakan undang-undang.
- Menyediakan laporan siasatan tanah bagi kes-kes sivil yang dikendalikan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.
- Membantu menyediakan deraf suratcara Mahkamah.