Apa itu “Cukai Tanah”?
Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;
Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan
Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah seksyen 14 Kanun Tanah Negara, 1965.
Bila cukai tanah bagi sesuatu tahun itu harus dibayar?
Cukai tanah perlu dibayar sebelum 1hb Jun tiap-tiap tahun.
Apa yang berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan?
Denda lewat akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah;
Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan; dan
Jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut, maka tindakan merampas tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.
Di mana saya boleh membayar cukai tanah?
- Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan;
- Kaunter Pejabat Tanah Daerah di Negeri Sembilan;
- Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Seremban;
- Pejabat Pos di seluruh Negeri Sembilan; dan
- Online melalui laman web https://e.ptgns.ns.gov.my/.
Bagaimana bentuk bayaran cukai tanah boleh dibuat?
Bayaran tunai dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
Bayaran melalui wang pos dari orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
Bayaran melalui bank draf dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
Cek persendirian/syarikat mestilah berjumlah RM 250.00 dan ke atas sahaja;
Bayaran dengan cara (b), (c), (d) dan (e) hendaklah dibayar atas nama penerima “Bendahari Negeri, Negeri Sembilan”.
Bagaimana cara untuk mendapatkan bil cukai?
Bil cukai boleh terus dicetak secara atas talian melalui laman web https://e.ptgns.ns.gov.my/. Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat-pejabat tanah kepada semua pemilik tanah berdaftar, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab tuan-tuan tanah memaklumkan alamat terkini tempat tinggal.Jika bil cukai tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan Pejabat Tanah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Sembilan.
Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda;
Alamat yang diberikan tidak lengkap.
Bolehkah saya membayar cukai tanah secara ansuran?
Tidak boleh. Ansuran hanya dibenarkan kepada cukai tanah yang tertunggak sahaja dan permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah Daerah di mana tanah tersebut terletak melalui Borang PTGNS. BAC.
Kenapa cukai saya terlalu tinggi berbanding dengan cukai jiran bersebelahan/berhampiran?
Jika perkara berikut berlaku, anda dinasihatkan menghubungi Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian untuk semakan bagi mengetahui status taraf hakmilik anda samada mukim, pekan atau bandar.
Kenapa cukai saya terlalu tinggi berbanding dengan cukai tahun sebelum?
Semakan cukai akan disemak setiap 10 tahun sekali;
Status hakmilik anda telah dinaikkan taraf dari mukim ke pekan atau bandar.
Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai?
Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru. Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap).