ns
ptg
Portal Rasmi
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN
ns
ptg
Portal Rasmi
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN

FAQ Pertukaran Hakmilik Pajakan

FAQ Pertukaran Hakmilik Pajakan

Apakah kawasan yang telah dibuka untuk memohon penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya di Negeri Sembilan?
Senarai taman / rumah rakyat yang telah dibenarkan untuk memohon penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya mengikut daerah seperti berikut:

Seremban;

  • Taman Marida
  • Taman Tok Wan
  • Taman Dusun Nyior
  • Gedong Lalang 50
  • Gedong Lalang 162
  • Taman Desa Rhu
  • Taman Sri Kasih
  • Taman Senawang Jaya
  • Taman Desa Permai
  • Taman Paroi Jaya

Tampin;

  • Taman Tampin Jaya
  • Taman Repah Baru
  • Tampin Jaya
  • Taman Bunga Raya
  • Rumah Rakyat Gemencheh

Port Dickson;

  • Rumah Rakyat Kuala Lukut
  • Taman Toh Kee Kah

Kuala Pilah;

  • Rumah Rakyat Juaseh
  • Taman Jemapoh Murni
  • Taman Sri Pandan Pelangai
  • Taman Jemapoh
  • Rumah Rakyat batu 46

Jempol;

  • Taman Seri Pelating
  • Taman Raya Sayang
  • Taman Mahsan
  • Taman Sri Mahsan
  • Taman Sri Serting

Jelebu;

  • Rumah Rakyat Simpang Duiran 1
  • Rumah Rakyat Sungai Rotan 1
  • Rumah Rakyat Sungai Rotan 2
  • Rumah Rakyat Simpang Pertang 2
  • Rumah Rakyat Larong

Rembau;

  • Rumah Rakyat Kota
  • Rumah Rakyat Pedas
  • Rumah Rakyat Chengkau
  • Rumah Rakyat Sungai Layang
  • Rumah Rakyat Astana Raja

Gemas;

  • Taman Desa Bakti
  • Taman Gemas Indah
  • Rumah Rakyat Sri Gemas

Bagaimana dengan kawasan lain di Negeri Sembilan?
Permohonan di kawasan lain akan dibuka secara berperingkat-peringkat dan kerajaan negeri akan membuat pengumuman yang selanjutnya dari semasa ke semasa.

Adakah semua jenis tanah juga boleh memohon?
Hanya tanah yang berstatus kediaman sahaja yang dibenarkan. Rumah kediaman itu perlu berpenghuni.

Adakah semua pemilik tanah status kediaman dibenarkan memohon?
Hanya pemilik yang merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan semasa PRU Ke-14 pada 9 Mei 2018 berdasarkan Senarai Nama Daftar Pemilih daripada SPR Negeri Sembilan sahaja yang layak mengemukakan permohonan.
Hak milik yang didaftarkan sebelum PRU-14 iaitu yang didaftarkan sebelum atau pada 8 mei 2018 sahaja yang layak untuk memohon. Tarikh ini juga termasuk bagi tarikh hak milik sementara yang didaftarkan.
Pemohon (sama ada waris atau pembeli) yang menerima hak milik hasil dari urusan pindah milik daripada pemilik asal selepas 8 Mei 2018 tidak layak untuk memohon.

Sekiranya pemilik tanah yang berstatus kediaman meninggal dunia selepas 8 Mei 2018, adakah pewarisnya layak memohon?
Pemohon yang menerima hak milik dari urusan turun milik akibat kematian daripada pemilik asal selepas 8 Mei 2018 adalah latak untuk mengemukakan permohonan.
Waris kepada pemilik asal perlu menyelesaikan bicara kuasa dan membuat urusan turun milik terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

Sekiranya hak milik tanah yang berstatus kediaman didaftarkan di bawah warganegara asing, permanent resident, syarikat, persatuan dan perbadanan, adakah tanah tersebut layak untuk mengemukakan permohonan?
Individu yang merupakan warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon. Hak milik berdaftar di bawah warganegara asing, permanent resident, syarikat, persatuan dan perbadanan tidak layak memohon.

Sekiranya seseorang rakyat Negeri Sembilan mempunyai beberapa tanah pajakan yang berstatus kediaman, adakah dia layak untuk menggunakan kuota memohon menukarkan semua tanah tersebut?
Setiap individu hanya layak sekali sahaja.

Bolehkah penama yang didaftarkan sebagai wasi, wakil, pentadbir, pemegang amanah atau pemegang suratkuasa wakil dalam geran boleh mengemukakan permohonan?
Semua penama yang didaftarkan sebagai wasi, wakil, pentadbir, pemegang amanah atau pemegang suratkuasa wakil adalah tidak layak memohon. Mereka perlu menyelesaikan terlebih dahulu urusan tanah tersebut.

Adakah pemilikan bersama layak untuk mengemukakan permohonan?
Boleh. Setiap pemilik perlu mengisi Borang 12A KTN [Akta 828], Borang khas Permohonan Tanah Kerajaan 9LHFH). Salah seorang pemilik yang ingin menggunakan kuota beliau perlu mengisi Borang Akuan Bersumpah C1. Manakala pemilik-pemilik yang lain perlu mengisi Borang Akuan Bersumpah C2.
Sekiranya pemilikan trersebut bersama dengan warganegara asing, permanent resident, syarikat, persatuan dan perbadanan maka ia tidak layak untuk dipertimbangkan.

Adakah semua jenis hak milik juga layak mengemukakan permohonan?
Pemilik berdaftar bagi hak milik muktamad (final title) sahaja yang boleh memohon. Bagi pemilik berdaftar, hak milik sementara, pemohon perlu menunggu sehingga hak milik tersebut telah muktamad untuk memohon.

Apakah had keluasan maksimum yang dibenarkan?
Tanah berstatus banguna kediaman berdasarkan had keluasan maksimum tidak lebih daripada 10 ribu kaki persegi. Walau bagaimanapun bagi permohonan yang melebihi 10 ribu kaki persegi, hanya akan dilayan secara case by case basis.

Apakah had baki tempoh pajakan akan menjejaskan permohonan tersebut?
Tiada had baki pajakan tanah yang dikenakan untuk mengemukakan permohonan. Walau bagaimanapun, hanya tanah-tanah pajakan yang didaftarkan sebelum 9 Mei 2018 sahaja yang layak untuk memohon.
Tanah pajakan 30 tahun dan ke bawah tidak layak memohon.

Sekiranya tanah tersebut telah ditukar kepada selama-lamanya, adakah pemilik tersebut dibenarkan menjual tanah tersebut?
Bagi hak milik yang telah diluluskan penukaran tempoh daripada pajakan kepada selama-lamanya, hak milik tersebut akan dikenakan moratorium seperti berikut;
Tanah ini tidak boleh dipindahmilik dalam tempoh sepuluh (10) tahun daripada tarikh pendaftaran hak milik
Oleh itu, pemilik tidak boleh menjual tanah tersebut dalam tempoh 10 tahun.

Adakah hak milik yang mempunyai bebanan seperti kaveat, pajakan, lien dan bebanan-babanan lain boleh mengemukakan permohonan?
Pemilik tanah hendaklah membebaskan semua bebanan yang terdapat dalam hakmilik tersebut sebelum mengemukakan permohonan.
Walau bagaimanapun, hak milik yang mempunyai bebanan gadaian boleh mengemukakan permohonan dengan syarat pemohon hendaklah mengemukakan Surat Persetujuan seperti di Lampiran D1 dan Lampiran D2 Pekeliling PTGNS Bil.6/2020 semasa mengemukakan permohonan.

Bagaimanakah pengiraan kadar premium?
Premium pemberimilikan semula dikenakan pada kadar RM1.00 per kaki persegi bagi semua saiz tanah. Walau bagaimanapun, kadar premium bagi rumah rakyat Kerajaan atau rumah murah Kerajaan berdasarkan senarai daripada Bahagian Perumahan SUKNS dikenakan pada kadar premium nominal RM500 setiap lot.

Apakah cara permohonan?
Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan hendaklah mengemukakan Borang 12A KTN [Akta 828], Borang Khas Permohonan Tanah Kerajaan (Penukaran tempoh Pegangan Hak milik daripada pajakan kepada Selama-lamanya), borang Akuan Bersumpah berserta dokumen-dokumen lampiran yang ditetapkan ke Pejabat Tanah.

Adakah permohonan tersebut dikenakan bayaran?
Kadar bayaran proses bagi setiap permohonan adalah RM50 bagi Tanah Desa / Tanah Pekan /Tanah Bandar.

Sekiranya saya mahu mengemukakan permohonan, dimanakah saya boleh dapatkan borang tersebut?
Anda boleh dapatkan borang permohonan darpada Pekeliling PTGNS Bil.6/2020. Borang juga boleh diperolehi daripada Pejabat tanah Daerah dan Tanah yang berkaitan.
Pemohon adalah digalakkan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu di Pejabat Daerah dan tanah sebelum mendapatkan borang permohonan.